14 November, 2010

HARI ANUGERAH KECERMELANGAN PASTI AL-FAIZIN, BSP (13 NOV 2010)

Hari Ihtifal PASTI diadakan di Audotorium KUIS. Umi pergi bawa Nabil, kemudian ayah sampai bawa Nafis, Opah dan Tokwan. Ayah datang sekejap je..selepas perasmian ayah balik



Hadiah-hadiah menunggu untuk dihadiahkan kepada pemenang.

Persembahan pelajar: Khutbah disampaikan oleh Adik Naufal. Adik Naufal mendapat Johan Kawasan Serdang. Beliau juga merupakan pelajar terbaik keseluruhan PASTI Al-Faizin. Tahniah diucapkan. Semoga cita-citanya mrnjadi Ulama' tercapai.


Persembahan hafazan surah pendek, hadis dan doa oleh Nabil dan kawannya Sarah. Nabil segan nak baca sehinggakan Sarah yang tolong peringat dan suruh dia baca. Tak apa Nabil usaha lagi..Nabil mesti boleh..



Persembahan mantap Coral Speaking oleh anak-anak PASTI ini. Boleh menjalankan tugas dengan baik walaupun hanya seminggu berlatih



Hadiah mata pelajaran terbaik (BM). Semoga pencapaian cemerlang sehinggag ke sekolah seterusnya.



Dah dapat hadiah cari mana ayah nak tunjuk hadiah..Ayah ada kerja la sayang..



Sijil tamat belajar di PASTI. Kononnya macam konvokesyen le..



Berjalan dengan penuh gaya..Takbir!!!


Ehem..kenapa senyum macam tu.



Ayah dah balik, Opah ada urusan dengan maknjang, ambil gambar dengan Tokwan pun ok jugak...



Nafis selepas dipujuk sebab mengamuk tak dapat hadiah. Tunggu la 6 tahun esok..



Saat terakhir...(nyanyi ramai pelajar+cikgu)
......Pertemuan kita di suatu hari, menitikan ukhuwah yang sejati...bersyukur ku kehadrat Ilahi, di atas jalinan yang suci..


....Namun kini perpisahan yang terjadi, dugaan menimpa diri, bersabarlah di atas dugaan ku tetap pergi jua...Kan kuutuskan salam ingatanku dalam doa kudus ku sepanjang waktu. Ya Allah bantu lah hambamu...
Sedih je dengar Nabil dan kawan2 dia nyanyi, Umi pulak yang syahdu.


Cikgu Zura (kanan) dan Cikgu Syuk (kiri), yang ditengah tu mem besar (Kak Nor), AJK pelaksana program. Antara cikgu Nabil n Nafis yang tiada dalam gambar ialah Cikgu Yati dan Cikgu Zehan.


Hadiah dari Nabil kepada Pengetuanya: Pn Faridah. Kata Cikgu Faridah Nabil budak yang bagus dan baik tapi amay pemalu.



Tunjuk hadiah pada ayah dan bergambar dengan ayah di hari terakhir pakai baju PASTI.


Nabil dengan Umi


Ayah dengan si kecik. Irfan.



Sijil tamat belajar PASTI.
:- Dedikasi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang terlibat dalam memdidik dan membimbing Nabil di awal zaman persekolahan Nabil (Cikgu Faridah,Cikgu Yati, Cikgu Zura, Cikgu Syuk, Cikgi Zihan dan Cikgu Kin)
Kepada Cg Yati dan Zura terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu. Nabil doakan Cikgu beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Kepada Cikgu Nafis. Cikgu Zihan dan Cg Syuk terima kasih kerana sabar melayan karenah Nafis. -:

2 ulasan: