09 November, 2010

BERCUTI DI KUANTAN (5-7 NOV 2010)

Salam...

Kisah ini mesti kena masukkan dalam catatanku ini. Ingatan untuk diriku....

Cuti hari minggu yang lepas kami sekeluarga termasuk mak dan abah pergi bercuti dirumah Abang Dolah. Kebetulan waktu tu suamiku ada kerja di Kuantan, so kami ambil kesempatan di bawa mak dan abah ke sana sama,mak abah pun dah 2 tahun lebih tak pergi kerumah Abang Dolah..
Petang Sabtu selepas suamiku habis kelas PJJnya di KIPSAS, dalam pukul 3 petang, kami semua termasuk family Abang Dolah jalan-jalan ke Mini Zoo kat Taman Teruntum. Tok Wan pun semangat jalan kat mini zoo, kami ingat dia tak larat, usaha jugak berjalan, mahu seribu cara..sampaikan bila semua dah sampai bawah minum2 , tok wan tak nampak batang hidung lagi. Abang Dolah pun naik atas balik cari tok wan takut tersesat, tapi tak jumpa pun tok wan, ke mana perginya pula.. dah lama kemudian baru dia muncul pelan-pelan dari bukit tu..mesti letih maklumlah dah 80 lebih. Bila sampai bawah mengadu letih nasib baik tak merangkak katanya..yang bestnya kelakar tengok Opah dgn Tok Wan bergaduh.. he he..Umi dan Opah tunggu je bawah..
Dalam pukul 5 lebih selesai minum-minum sikit hilangkan penat dan dahaga, kami menuju ke MS Garden di Bandar Kuantan untuk suamiku check in. Nabil dan Nafis terlompat-lompat atas kereta Pak Itam (Abg Dolah) sebab tak sabar nak mandi kolam. Itulah agenda wajib anak-anakku bila tidur di hotel. Teruja betul mereka terjun dalam kolam kanak-kanak tu. Yang hairannya anak Pak Itam, Naimi dan Iqbal tak teringin pun nak mandi kolam.
Umi, Mak Tam (Kak Akma), Opah dan Tok Wan berbual bicara sambil memerhati anak-anak bermandi-manda. Ayah pergi ke tempat ambil tuala. Dalam kelekaan kami berborak tetiba Pak Itam Menjerit .."Nafisss...Nafis tu.." Umi sangat terkejut dan terkedu..rupanya Nafis dan tenggelam timbul di kolam bahagian dewasa. Umi macam panik, terus je Pak Itam terjun tangkap Nafis yang dalam keadaan sudah tertelan air kolam. Allah selamatkan Nafis melalui Pak Itam. Umur Nafis masih panjang. Ayah pun tak nampak Nafis sebab jauh, cuma yang dia nampak Pak Itam terjun tangkap Nafis. Habis rosak telefon dan kamera Pak Itam kena masuk air sebab tak sempat nak keluarkan dulu. Setelah naik ke atas Nafis begitu pucat keputihan bibirnya mungkin akibat sangat terkejut..dia diam kaku tanpa menangis. Lantas umi mencapai tuala lalu menyelimuti Nafis, Umi peluk Nafis dengan perasaan amat bersyukur..kemudian ayah pula menenangkan Nafis yang berada dalam pelukannya..Nafis senyap...tak tahu la apa yang sedang berputar difikirannya..
Setengah jam kemudian kami Liyana, Nabila dan Nabil puun naik dan kami bersiap-siap untuk pulang. Ketika mahu pulang Nafis sempat lagi pesan dengan ayahnya supaya membelikan dia pelampung Otoman Taro, takut nanti dia lemas lagi....
Selesai solat maghrib di rumah Pak Itam, Ayahnya terus sujud syukur, Uminya berdoa terima kasih yang tak terhingga kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada kami untuk membaiki kelekaan kami. Ini ujian dari Allah, menjaga anak yang aktif seperti Nafis perlukan lebih perhatian, tambahan pula di tempat-tempat yang bahaya seperti itu, mujur ada Pak Itam tengok.
Sesudah makan malam berlaukkan ketam lemak cili padi yang amat sedapnya kami pun bertolak ke Hotel untuk tidur disana. Belum pun sempat sampai di hotel Nafis sudah lena keletihan di dalam kereta. Umi sayu melihat wajah kecil Nafis. Sampai dibilik Umi pun peluk Nafis dan menciumnya berkali-kali...dan Nafis membuka mata lalu berkata " Umi...Apish sayang Umi, Umi sayang Nafis?" Ish..ish lagi la sedih Umi..Nafis memang pandai ambil hati sesiapa saje dan ramai orang senang dengan dia. Sememangnya Allah jadikan semua anak-anak dengan kelebihan tersendiri...
Semoga perkara ini di jadikan iktibar untuk kami dan tidak berulang lagi. Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Itam dan Mak Tam kerana melayan kami sekeluarga selama kami di sana khususnya dalam misi menyelamatkan Nafis. Semoga Allah memberkati Pak Itam sekeluarga dan di doakan semoga Pak Itam dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Pak Itam. Jazakallahukhairan kathira..
Jom kita tengok gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan