14 November, 2010
HARI ANUGERAH KECERMELANGAN PASTI AL-FAIZIN, BSP (13 NOV 2010)
......Pertemuan kita di suatu hari, menitikan ukhuwah yang sejati...bersyukur ku kehadrat Ilahi, di atas jalinan yang suci..
....Namun kini perpisahan yang terjadi, dugaan menimpa diri, bersabarlah di atas dugaan ku tetap pergi jua...Kan kuutuskan salam ingatanku dalam doa kudus ku sepanjang waktu. Ya Allah bantu lah hambamu...
Sedih je dengar Nabil dan kawan2 dia nyanyi, Umi pulak yang syahdu.
Cikgu Zura (kanan) dan Cikgu Syuk (kiri), yang ditengah tu mem besar (Kak Nor), AJK pelaksana program. Antara cikgu Nabil n Nafis yang tiada dalam gambar ialah Cikgu Yati dan Cikgu Zehan.
Hadiah dari Nabil kepada Pengetuanya: Pn Faridah. Kata Cikgu Faridah Nabil budak yang bagus dan baik tapi amay pemalu.
Tunjuk hadiah pada ayah dan bergambar dengan ayah di hari terakhir pakai baju PASTI.
Nabil dengan Umi
Ayah dengan si kecik. Irfan.
:- Dedikasi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang terlibat dalam memdidik dan membimbing Nabil di awal zaman persekolahan Nabil (Cikgu Faridah,Cikgu Yati, Cikgu Zura, Cikgu Syuk, Cikgi Zihan dan Cikgu Kin)
Kepada Cg Yati dan Zura terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu. Nabil doakan Cikgu beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Kepada Cikgu Nafis. Cikgu Zihan dan Cg Syuk terima kasih kerana sabar melayan karenah Nafis. -:
12 November, 2010
Hari Terakhir Nabil Sekolah PASTI Al-Faizin, BSP
Hari ini adalah hari terakhir Nabil menamatkan zaman pendidikan awalnya dan bakal melalui fasa-fasa kehidupan sekolah rendahnya tahun hadapan. Malam tadi Nabil cakap dengan Umi yang Cikgunya pesan supaya pakai baju raya sebab ada jamuan. Mungkin Jamuan Akhir Tahun seperti yang biasa-biasa diadakan masa sekolah dulu-dulu.
Dalam banyak-banyak sekolah yang Nabil pergi dari Taska Ummi, Taski Abim, Tadika ZulIman hingga ke PASTI yang dia belajar sekarang, PASTI Al-Faizin inilah yang nampak dia paling bahagia. Umi pun tak tahu nak agak kenapa, bukannya Cikgu2 sebelum ni tak ok, semuanya ok belaka..mungkin belum sesuai dengan jiwanya kot. Setiap sekolah ada kelebihan tersendiri.
09 November, 2010
BERCUTI DI KUANTAN (5-7 NOV 2010)
Salam...
Kisah ini mesti kena masukkan dalam catatanku ini. Ingatan untuk diriku....
Kisah ini mesti kena masukkan dalam catatanku ini. Ingatan untuk diriku....
Cuti hari minggu yang lepas kami sekeluarga termasuk mak dan abah pergi bercuti dirumah Abang Dolah. Kebetulan waktu tu suamiku ada kerja di Kuantan, so kami ambil kesempatan di bawa mak dan abah ke sana sama,mak abah pun dah 2 tahun lebih tak pergi kerumah Abang Dolah..
Petang Sabtu selepas suamiku habis kelas PJJnya di KIPSAS, dalam pukul 3 petang, kami semua termasuk family Abang Dolah jalan-jalan ke Mini Zoo kat Taman Teruntum. Tok Wan pun semangat jalan kat mini zoo, kami ingat dia tak larat, usaha jugak berjalan, mahu seribu cara..sampaikan bila semua dah sampai bawah minum2 , tok wan tak nampak batang hidung lagi. Abang Dolah pun naik atas balik cari tok wan takut tersesat, tapi tak jumpa pun tok wan, ke mana perginya pula.. dah lama kemudian baru dia muncul pelan-pelan dari bukit tu..mesti letih maklumlah dah 80 lebih. Bila sampai bawah mengadu letih nasib baik tak merangkak katanya..yang bestnya kelakar tengok Opah dgn Tok Wan bergaduh.. he he..Umi dan Opah tunggu je bawah..
Dalam pukul 5 lebih selesai minum-minum sikit hilangkan penat dan dahaga, kami menuju ke MS Garden di Bandar Kuantan untuk suamiku check in. Nabil dan Nafis terlompat-lompat atas kereta Pak Itam (Abg Dolah) sebab tak sabar nak mandi kolam. Itulah agenda wajib anak-anakku bila tidur di hotel. Teruja betul mereka terjun dalam kolam kanak-kanak tu. Yang hairannya anak Pak Itam, Naimi dan Iqbal tak teringin pun nak mandi kolam.
Umi, Mak Tam (Kak Akma), Opah dan Tok Wan berbual bicara sambil memerhati anak-anak bermandi-manda. Ayah pergi ke tempat ambil tuala. Dalam kelekaan kami berborak tetiba Pak Itam Menjerit .."Nafisss...Nafis tu.." Umi sangat terkejut dan terkedu..rupanya Nafis dan tenggelam timbul di kolam bahagian dewasa. Umi macam panik, terus je Pak Itam terjun tangkap Nafis yang dalam keadaan sudah tertelan air kolam. Allah selamatkan Nafis melalui Pak Itam. Umur Nafis masih panjang. Ayah pun tak nampak Nafis sebab jauh, cuma yang dia nampak Pak Itam terjun tangkap Nafis. Habis rosak telefon dan kamera Pak Itam kena masuk air sebab tak sempat nak keluarkan dulu. Setelah naik ke atas Nafis begitu pucat keputihan bibirnya mungkin akibat sangat terkejut..dia diam kaku tanpa menangis. Lantas umi mencapai tuala lalu menyelimuti Nafis, Umi peluk Nafis dengan perasaan amat bersyukur..kemudian ayah pula menenangkan Nafis yang berada dalam pelukannya..Nafis senyap...tak tahu la apa yang sedang berputar difikirannya..
Setengah jam kemudian kami Liyana, Nabila dan Nabil puun naik dan kami bersiap-siap untuk pulang. Ketika mahu pulang Nafis sempat lagi pesan dengan ayahnya supaya membelikan dia pelampung Otoman Taro, takut nanti dia lemas lagi....
Selesai solat maghrib di rumah Pak Itam, Ayahnya terus sujud syukur, Uminya berdoa terima kasih yang tak terhingga kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada kami untuk membaiki kelekaan kami. Ini ujian dari Allah, menjaga anak yang aktif seperti Nafis perlukan lebih perhatian, tambahan pula di tempat-tempat yang bahaya seperti itu, mujur ada Pak Itam tengok.
Sesudah makan malam berlaukkan ketam lemak cili padi yang amat sedapnya kami pun bertolak ke Hotel untuk tidur disana. Belum pun sempat sampai di hotel Nafis sudah lena keletihan di dalam kereta. Umi sayu melihat wajah kecil Nafis. Sampai dibilik Umi pun peluk Nafis dan menciumnya berkali-kali...dan Nafis membuka mata lalu berkata " Umi...Apish sayang Umi, Umi sayang Nafis?" Ish..ish lagi la sedih Umi..Nafis memang pandai ambil hati sesiapa saje dan ramai orang senang dengan dia. Sememangnya Allah jadikan semua anak-anak dengan kelebihan tersendiri...
Semoga perkara ini di jadikan iktibar untuk kami dan tidak berulang lagi. Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Itam dan Mak Tam kerana melayan kami sekeluarga selama kami di sana khususnya dalam misi menyelamatkan Nafis. Semoga Allah memberkati Pak Itam sekeluarga dan di doakan semoga Pak Itam dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Pak Itam. Jazakallahukhairan kathira..
Jom kita tengok gambar
26 Oktober, 2010
Sekitar Hari Bakat PASTI Serdang-3hb Okt 2010
Salam..
Sebelum raya puasa lepas cikgu Nabil ada bagi surah-surah ayat lazim untuk Nabil hafal sebab dia dipilih masuk pertandingan hafazan di Hari Bakat PASTI. Pada mulanya Nabil tidak berminat untuk masuk dan tak mau buat hafazan kat rumah pun.. duduk sekejap pun susah asyik nak main je. Lagi pun Nabil tak berapa suka berada dihadapan orang ramai. Macam malu2 sikit Nabil ni nak banding dengan Nafis. Umi pun macam teragak-agak memikirkan boleh ke Nabil ni..
Sebelum raya puasa lepas cikgu Nabil ada bagi surah-surah ayat lazim untuk Nabil hafal sebab dia dipilih masuk pertandingan hafazan di Hari Bakat PASTI. Pada mulanya Nabil tidak berminat untuk masuk dan tak mau buat hafazan kat rumah pun.. duduk sekejap pun susah asyik nak main je. Lagi pun Nabil tak berapa suka berada dihadapan orang ramai. Macam malu2 sikit Nabil ni nak banding dengan Nafis. Umi pun macam teragak-agak memikirkan boleh ke Nabil ni..
Setelah berbincang dengan cikgunya untuk menarik balik penyertaan Nabil, Cikgunya menyatakan dengan yakin yang Nabil boleh buat. Mungkin perwatakannya berbeza di rumah dan di sekolah. Masa ni tinggal lagi seminggu nak lawan Nabil belum hafal sepenuhnya. Bagi tidak menghampakan harapan guru-gurunya,umi dan ayah pun bertungkus lumus pun paksa Nabil duduk buat hafazan smapi kena sedia rotan. Sesekali terkenang kesian pada Nabil , tapi tak apa untuk kebaikannya juga. Sungguhpun jika ditakdirkan Nabil tak menang sekurang-kurang dia dah hafal 10 surah pendek untuk di praktikkan dalam sembahyangnya. Semoga anak sulung Umi ni menjadi anak soleh dan pembimbing serta contoh kepada adik-adiknya. Insyaallah.... Jom kita layan gambar dulu..
2 malam sebelum pertandingan. Sibuk si Nafis kacau abang nak hafal. Siap buat rakaman lagi..
Nafis dan Irfan juga tidak ketinggalan menemani abangnya pada hari pertandingan. Pertandingan diadakan di Masjid Hijau Bandar Baru Bangi.
Anak teruna sulung Umi dah semakin bujang..
Nabil, Nafis bersama Cikgu Zura
Nak jugak..gambar solo.
Nabil memperdengarkan bacaannya.. Serius nampak..
Ambil hadiah selepas diumumkan Naib Johan. Alhamdulillah..
Ni lah hadiah nya.
Para pemenang dari PASTI Al Faizin Bandar Seri Putra. PASTI mendapat juara keseluruhan
"Apabila matinya nak Adam tinggallah 3 perkara, harta dan ilmu yang dimanfaat kejalan Allah dan doa dari anak soleh"
Sekian coretan untuk kali ini diakhiri dengan harapan Nabil menjadi anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Isyallah... Wasallam
13 Oktober, 2010
Bersua Kembali
Salam pembuka bicara.
Hmmm dah hampir setahun blog ku ini tidak berupdate. Sian dia..sibuk sangat ke? entahlah manusia sentiasa beralasan..Sibuk dengan urusan yang tak berpenghujung selagi hidup di muka bumi ini. Macam-macam peristiwa yang tak sempat dirakamkan untuk tatapan ku serta anak-anakku untuk masa depan.
Oklah mulai hari ini saya berazam untuk ceria ceriakan selalu blogku ini. Insyaallah (rentak maher zain..). ok dah 1.35pm nak gi makan no..
Hmmm dah hampir setahun blog ku ini tidak berupdate. Sian dia..sibuk sangat ke? entahlah manusia sentiasa beralasan..Sibuk dengan urusan yang tak berpenghujung selagi hidup di muka bumi ini. Macam-macam peristiwa yang tak sempat dirakamkan untuk tatapan ku serta anak-anakku untuk masa depan.
Oklah mulai hari ini saya berazam untuk ceria ceriakan selalu blogku ini. Insyaallah (rentak maher zain..). ok dah 1.35pm nak gi makan no..
Langgan:
Catatan (Atom)