23 November, 2009

Ahmad Irfan


Ini Ahmad Irfan, si kecil umi,sangat manja,yang ini paling sihat tak banyak berulang ke klinik.

Ahmad Nafis


Salam, time rehat ni terasa nak update blog teman. Mencerita tentang perihal anak, melihat wajah mereka ternyata sungguh dapat menghilang kepenatanku. Anak anugerah Allah yang tak terhingga tinggi nilainya. Inilah anakku yang kedua. Ahmad Nafis namanya. Agak nakal dan panjang akalnya

Birthday Cake Nabil

Tu diaaa birthday cake Nabil yang ke 5 pada 8 Okt 2009. Kek kegemaran dia.Kek ni dia tak potong kat rumah, tapi dia bawa ke sekolah nak potong dengan kawan dia. Ummi dia pun tengok je la dengan putih mata kek tu...seronok benar dia nak potong kek dengan kawan dia.

20 November, 2009

Anak-anakku penawar duka

Ahmad Nafis dengan ayahnya di sungai hulu langat.

Ahmad Nabil

Nabil di hulu langat semasa ikut ayah pergi survey tempat perkhemahan bersama cikgu idrus.Nabil semasa kecik2 sangat takut mandi sungai,bila dah besar baru ok.

Titipan buat hero nan seorang

Inilah suamiku. Suami idaman wanita malaya. Muhamad Faisal bin Asha'ri nama diberi. Seindah nama begitulah orangnya. Terima kasih ya Allah kerana di anugerahkan aku suami seperti dia. Tidak setanding rasanya diri ini untuk sama-sama berdiri disampingnya. Kehidupannya hanya untuk Islam, apa sahaja tindakan berpaksikan agama. Insyaallah kekasihku, teruskan perjuanganmu di bumi Allah ini demi mencari keberkatan dan keredhoaanNya. Walaupun sesekali lidah tergigit dek gigi nan keras,namun sakitnya cuma seketika, itulah asam garam kebahagian rumah tangga.

05 November, 2009

Report kad sekolah nabil

Minggu lepas anakku yang sulung nabil namanya membawa pulang buku prestasinya. Alhamdulillah subjek BM,BI,Maths,Science,Qiraati,pengurusan diri,praktikal solat kebanyakannya A,B pun ada jugak. Yang paling tak bestnya subjek Hafazan merangkumi Hadis,Surah dan doa semuanya dapat C dan D.Aduuuhaiii macammana la jadi mcm ni. Nanti umi ajar Nabil lagi mungkin yang itu umi terlepas pandang. Ayuhh... usaha terus anakku sayang jadi insan cemerlang dunia dan akhirat.