



Rombongan bertolak(flight) dari LCCT pukul 7pg dan sampai di Airport Jakarta lebihkurang 8.30pg. Seterusnya kami dibawa terus oleh travel agent ke Shopping Complex namanya Tanah Abang. Semasa dalam perjalanan melusuri Bandaraya Jakarta ternampak pemandangan yang kurang enak mata memandang tapi itulah lumrah kehidupan di kotaraya ini. Terdapat banyak rumah-rumah penduduk dari luar Jakarta (macam rumah kongsi di Malaysia yg buruh Indon duduk) yg datang membina penempatan di sekitar bawah-bawah jambatan, dilihat sangat dhaif keadaannya. Menurut pemandu pelancong tempatan, mereka ramai yang datang dari luar Jakarta semata-mata untuk mencari rejeki di sini. Katanya di Jakarta semuanya boleh dijadikan duit. Hatta botol air mineral yang kosong boleh dijadikan sumber pendapatan untuk menyara anak dan keluarga. Lantaran dari itu tidak hairanlah di Kota Jakarta mempunyai kira 12 juta nyawa.
Baju-baju yang terdapat di Tanah Abang. Masyaallah murahhhnye dalam RM50 sepasang. Sulam jahit, sulam riben, telekung semua lebihkurang je harga RM50. Terpikir jugak dalam hati berapa sebenarnya untung org sana dapat. Nak bayar material lagi, upah buruh lagi, kain not bad kualitinya. Buatannya halus belaka. Mungkin disebabkan upah buruh murah maka penduduk Indon ramai yang susah. Mungkin juga mereka mendapatkan bekalan dengan harga yang murah atau mermacam-macam kemungkinan lagi..
Selepas shopping di Tanah Abang, kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran masakan Padang yang sebelum ini saya tidak tahu macammana rope Masakan padang, kat Malaysia pun ada tapi tak pernah try. Melangkah je masuk dalam restoran, mak oi terkejut nampak banyaknya piring lauk di hidang di atas meja, tapi setiap jenis lauk ada 2 ketul je isinya. Apa yang kutahu masakan padang sudah tentunya orang Islam yang masak kerana di Padang semuanya orang beragama Islam. Betul ke..kat retoran ni tak de notis Halal. Tapi memandangkan ramai ustad dan ustazah, prof, dr. pengajian Islam yang makan dengan sedapnya aku pun yakin la nak makan. Selesai makan kami naik solat zuhur di "moshalla" yang disediakan ditingkat atas. Apa yang tak bestnya tempat wuduk kena kongsi lelaki dan perempuan. Jenuhnya tunggu giliran jantina masuk. Mungkin orang sini tak ambil berat sangat bab-bab ni, sebab restorannya besar, grand la jugak, selalu foreigner gi makan terutamanya orang Malaysia, nak ikutkan buat la proper sikit. Apapun Alhamdulillah di kurniakan rejeki untuk meneruskan perjalanan seadanya............... bersambung di episod 2. Tungguuuuu....
