
Inilah suamiku. Suami idaman wanita malaya. Muhamad Faisal bin Asha'ri nama diberi. Seindah nama begitulah orangnya. Terima kasih ya Allah kerana di anugerahkan aku suami seperti dia. Tidak setanding rasanya diri ini untuk sama-sama berdiri disampingnya. Kehidupannya hanya untuk Islam, apa sahaja tindakan berpaksikan agama. Insyaallah kekasihku, teruskan perjuanganmu di bumi Allah ini demi mencari keberkatan dan keredhoaanNya. Walaupun sesekali lidah tergigit dek gigi nan keras,namun sakitnya cuma seketika, itulah asam garam kebahagian rumah tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan