22 Disember, 2009

Pengembaraan ke Jakarta-Puncak-Bandung (Episod 2)





Episod 2 pengembaraan menyusul kembali sesudah sekian lama tidak di update. Kali ini di datangkan dengan gambar-gambar yg menarik. Alhamdulillah setelah selesai makan dan menunaikan solat, kami di bawa untuk membeli belah di Mangga Dua. Di sini tidak banyak yang begitu menarik perhatian ku. Satu je yang ku sangat-sangat berkenan.Langsir.Kesemua ini berharga dalam lingkungan RM350

15 Disember, 2009

Pengembaraan ke Jakarta-Puncak-Bandung (Episod 1)

Salam pengembaraan, Salam perjalanan. Jabatan Dakwah & Kepimpinan,FPI,UKM (tempat suamiku bekerja) telah mengadakan family day trip ke Jakarta-Puncak-Bandung, mulai 8 hingga 12 Disember 2009.
Trip disertai lebihkurang 30 org (staf + keluarga). Teruja juga diri ini kerana selama hidup ini kali pertama ke luar negara. Bermula sebuah perjalanan melihat Ciptaan Ilahi...



Rombongan bertolak(flight) dari LCCT pukul 7pg dan sampai di Airport Jakarta lebihkurang 8.30pg. Seterusnya kami dibawa terus oleh travel agent ke Shopping Complex namanya Tanah Abang. Semasa dalam perjalanan melusuri Bandaraya Jakarta ternampak pemandangan yang kurang enak mata memandang tapi itulah lumrah kehidupan di kotaraya ini. Terdapat banyak rumah-rumah penduduk dari luar Jakarta (macam rumah kongsi di Malaysia yg buruh Indon duduk) yg datang membina penempatan di sekitar bawah-bawah jambatan, dilihat sangat dhaif keadaannya. Menurut pemandu pelancong tempatan, mereka ramai yang datang dari luar Jakarta semata-mata untuk mencari rejeki di sini. Katanya di Jakarta semuanya boleh dijadikan duit. Hatta botol air mineral yang kosong boleh dijadikan sumber pendapatan untuk menyara anak dan keluarga. Lantaran dari itu tidak hairanlah di Kota Jakarta mempunyai kira 12 juta nyawa.



Baju-baju yang terdapat di Tanah Abang. Masyaallah murahhhnye dalam RM50 sepasang. Sulam jahit, sulam riben, telekung semua lebihkurang je harga RM50. Terpikir jugak dalam hati berapa sebenarnya untung org sana dapat. Nak bayar material lagi, upah buruh lagi, kain not bad kualitinya. Buatannya halus belaka. Mungkin disebabkan upah buruh murah maka penduduk Indon ramai yang susah. Mungkin juga mereka mendapatkan bekalan dengan harga yang murah atau mermacam-macam kemungkinan lagi..

Selepas shopping di Tanah Abang, kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran masakan Padang yang sebelum ini saya tidak tahu macammana rope Masakan padang, kat Malaysia pun ada tapi tak pernah try. Melangkah je masuk dalam restoran, mak oi terkejut nampak banyaknya piring lauk di hidang di atas meja, tapi setiap jenis lauk ada 2 ketul je isinya. Apa yang kutahu masakan padang sudah tentunya orang Islam yang masak kerana di Padang semuanya orang beragama Islam. Betul ke..kat retoran ni tak de notis Halal. Tapi memandangkan ramai ustad dan ustazah, prof, dr. pengajian Islam yang makan dengan sedapnya aku pun yakin la nak makan. Selesai makan kami naik solat zuhur di "moshalla" yang disediakan ditingkat atas. Apa yang tak bestnya tempat wuduk kena kongsi lelaki dan perempuan. Jenuhnya tunggu giliran jantina masuk. Mungkin orang sini tak ambil berat sangat bab-bab ni, sebab restorannya besar, grand la jugak, selalu foreigner gi makan terutamanya orang Malaysia, nak ikutkan buat la proper sikit. Apapun Alhamdulillah di kurniakan rejeki untuk meneruskan perjalanan seadanya............... bersambung di episod 2. Tungguuuuu....

01 Disember, 2009

Khutbah AidilAdha


Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua yang terbaca penulisan ini. Khutbah raya disurau tamanku yang disampaikan oleh khatib Al Fadhil Ustaz Faisal berkisar maksud sebenar korban yang sebelum ini aku tak berapa jelas maksudnya walaupun masa sekolah dulu aku ada mengambil subjek Bahasa Arab. "Korban" berasal dari perkataan Arab Qaf Ra' Ya Ba (Qarib) yang bermaksud dekat. Iaitu mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabah). Manakala dalam Bahasa Melayu korban bermaksud sanggup menghabiskan masa, kewangan, tenaga, harta dan lain-lain demi sebuah perjuangan. Manakala ibadah korban pula ialah menyembelih binatang ternakan untuk tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan korban diambil sempena kisah kesanggupan seorang ayah untuk menyembelih anaknya demi melaksanakan perintah tuhan.
Begitulah serba sedikit asal usul perkataan korban. Sempena cuti sekolah ini jemaah juga diingatkan memgambil iktibar bagaimana Nabi Ibrahim yang dapat mendidik anaknya supaya menjadi taat kepada perintah Allah dan berusaha untuk melahirkan anak2 soleh dan solehah. Ini boleh dilakukan dengan memberi pengisian atau program yang baik-baik untuk anak-anak.
Marilah kita berkorban apa saja untung kepentingan Islam, bukannya korbankan Islam untuk apa saja kepentingan